Facebook Watch: Alternatif Kepada YouTube?

Menurut portal MediaPost, tidak lama lagi Facebook akan memperkenalkan Facebook Watch. Nampaknya Facebook mula bergerak ke arah strategi kandungan yang berbentuk televisyen dengan wujudnya satu pilihan baharu nanti di akaun Facebook anda. Pilihan ini mampu mengubah gaya dan tabiat pengguna Facebook tegar dalam penggunaan serta bagaimana mereka menyimpan kandungan video mereka. Ia pasti akan dijadikan alternatif kepada YouTube yang dimiliki Google.

Apakah Facebook Watch? Ia sebenarnya satu seksyen atau tab yang disediakan khas oleh Facebook khusus kepada jenama-jenama yang ingin memuatnaik video-video yang asli dan original, yang tidak terdapat di mana-mana saluran lain. Sama seperti konsep HBO Original Series dan Netflix Original Movie yang mana para penggiat filem memuatnaik hanya pada satu saluran sahaja, kini Facebook Watch direka khusus untuk ini.

Mengikut apa yang ditulis oleh MediaPost, Facebook begitu yakin akan berjaya menarik jenama-jenama besar filem untuk mula aktif di laman media sosial ini, yang bakal juga menarik perhatian para penggemar Facebook di seluruh dunia.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s