Taktik Untuk Naikkan Kedudukan Laman Web Anda Di Google Secara Percuma

Gunakan blog bagi mendapatkan kedudukan atau ranking yang tinggi di enjin pencarian Google, Bing atau Yahoo. Fokus kepada dua strategi ini untuk memastikan kedudukan atau ranking laman web anda berada pada tahap tertinggi di enjin pencarian Google. Jangan risau, kedua-dua taktik ini adalah percuma.

Pertama, pastikan anda menulis blog secara berterusan dan konsisten setiap minggu. Kalau tidak mampu menulis satu blog sehari pun tidak mengapa, tetapi ia perlu dilakukan sekurang-kurangnya satu atau dua kali seminggu. Tulis secara konsisten, maksudnya sekiranya anda mampu menulis sekali seminggu jadi tulis sekali seminggu secara berterusan. Ini penting untuk algoritma Google yang datang bertandang ke laman web anda dapat mengindeks kesemua kata kunci atau keywords yang ada pada penulisan anda tadi.

Advertisements