Terlalu Bergantung Kepada Pemasaran Digital Sahaja Adalah Satu Kesalahan Besar

Strategi pemasaran yang terbaik ialah apabila jenama anda menggunakan kesemua saluran pemasaran yang ada, yang melibatkan tiga perkara asas – Pemasaran Digital, Kaedah Tradisional dan juga Perhubungan Awam.

Saluran yang perlu diberi perhatian utama ialah penggunaan saluran digital seperti mengaktifkan pemasaran kandungan digital yang baik, pengoptimuman enjin pencarian atau SEO dan juga rangkaian media sosial yang sesuai. Strategi ini perlu diperkuatkan oleh kaedah tradisional seperti mencetak kemeja-T, iklan di suratkhabar, pelekat kereta, papan tanda di tepi-tepi lebuhraya dan sebagainya.

Selain kedua-dua kaedah ini, anda juga perlu menggunakan saluran perhubungan awam atau PR juga. Pastikan jenama anda mempunyai duta atau jurucakap yang boleh ditemuramah dan dimasukkan di bahagian editorial majalah-majalah dan suratkhabar. Dengan ketiga-tiga saluran ini, pemasaran jenama anda pasti tidak akan menghadapi masalah dari segi pemasaran lagi.

Advertisements