Di Media Sosial, Tidak Salah Untuk Kitar Semula Kandungan Yang Anda Pernah Muatnaik Sebelum Ini

Sebenarnya anda tidak perlu untuk buatkan kandungan baharu setiap kali hendak muatnaik status terkini di laman media sosial. Tidak seperti pemasaran tradisional yang lebih membosankan, pemasaran digital membenarkan anda untuk kitar semula kandungan yang pernah anda muatnaik sebelum ini. Apa yang perlu anda lakukan? Mudah sahaja. Dapatkan kembali mana-mana kandungan yang sedia ada, sama ada poster, infografik atau pun artikel, kemudian ubah bentuk asalnya sahaja menjadi yang lebih menarik dan menyegarkan berbanding versi terdahulu. Ini baru kitar semula namanya.

Sekiranya anda ingin menggunakan kembali satu artikel yang anda menarik yang pernah anda muatnaik sebelum ini, tukarkan artikel tadi daripada bentuk penulisan yang panjang dan berjela-jela menjadi infografik ataupun video. Nampak tak? Mesej yang sama tetapi kelihatan jauh lebih baik dalam bentuk yang baharu. Hampir pasti ia akan menarik perhatian para pengikut anda dan mereka tidak akan perasan sama sekali yang kandungan di dalamnya telah dikitar semula.

Advertisements