Pemasaran Digital Perlukan Masa, Harap Bersabar.

Gelojoh, tidak sabar untuk menuai hasil. Terlalu banyak jenama di luar yang mempunyai pengurusan yang kurang penyabar nampaknya di negara ini. Dari luar, nampak sahaja profesional tetapi seorang yang gelojoh rupanya. Semuanya hendak sekarang dan sekarang juga. Semua mahukan hasil jualan selepas 1-2 bulan strategi pemasaran digital dilaksanakan. Mereka bukan sahaja tidak sabar tetapi juga tidak yakin tentang pelaburan yang dikeluarkan itu bakal membuahkan hasil ataupun tidak. Arahan untuk memberhentikan segala aktiviti pemasaran digital akan tidak teragak-agak dikeluarkan sekiranya tiada hasil yang dapat dilihat selepas 2 bulan.

Hakikatnya pemasaran digital akan mengambil masa. Ia seperti perlumbaan marathon, yang perlu diteruskan walaupun penat dan bukannya larian pecut 100 meter. Ini kerana untuk mewujudkan rasa percaya di kalangan pengguna terhadap satu-satu jenama itu bukannya mudah. Pengguna perlu kenal anda dahulu, lihat logo dan nama anda di merata tempat, bertanyakan rakan-rakan mereka tentang jenama anda dan sebagainya sebelum mereka datang dan membeli buat kali pertama. Anda boleh berhenti setelah 2 bulan, tidak ada masalah. Cuma bayangkan apa yang bakal berlaku sekiranya pesaing-pesaing anda tidak berputus asa seperti anda.

Advertisements