Bina Strategi Perniagaan Dahulu Sebelum Merancang Strategi Pemasaran

Hampir kesemua peniagaan yang gagal dalam tahun-tahun pertama dan kedua mereka ialah kerana tiada perancangan dengan rapi perniagaan mereka. Mereka tidak begitu kritikal dalam aspek halatuju syarikat, proses-proses yang menyeluruh bagi setiap jabatan, perihal kewangan dan sebagainya. Yang lebih teruk lagi, terdapat juga golongan peniaga terutamanya yang bersaiz kecil dan sederhana ini yang tidak tahu bagaimana untuk merancang strategi perniagaan dengan lebih berkualiti.

Yang mereka tahu hanyalah bagaimana hendak cepat kaya.

Kepada anda, janganlah jadi seperti mereka ini. Kalau anda tidak pasti bagaimana untuk menyediakan strategi perniagaan yang baik, anda boleh lihat dan gunakan format yang dikenali sebagai Lean Startup Canvas. Strategi pemasaran yang menyeluruh dan jitu hanya boleh dibina sekiranya setiap elemen di dalamnya difikir dengan mendalam dan dirancang dengan rapi. Setiap elemen ini juga tidak boleh berfungsi dengan sendirinya kerana ia pasti akan saling berkait di antara satu sama lain. Jadi proses di antara satu sama lain itu perlu dipermudahkan dan mampan.

Anda juga boleh menokoktambah dan mengurangkan apa yang ada di Lean Startup Canvas tadi. Setelah itu tidak boleh tidak, anda perlu menjawab setiap persoalan yang ada dengan jawapan yang berkualiti. Apabila siap sepenuhnya, baru anda boleh membina strategi pemasaran dan pemasaran digital bagi menguatkan lagi jenama anda di pasaran.

Dengan kedua-dua strategi ini ia bakal membantu anda menjawab soalan daripada pelanggan, Kenapa Kami Perlu Membeli Dari Anda, Dan Bukan Orang Lain? dengan jawapan yang lebih bernas dan berkualiti.

Advertisements