Pemasaran Digital: Adakah Betul Keputusan Ini?

Ini adalah soalan yang biasa akan bermain-main di minda bakal pembeli ketika berdepan dengan situasi atau semasa hendak membeli sesuatu produk atau perkhidmatan. Sekiranya sesuatu produk yang mempunyai strategi penjenamaan yang baik, proses pembelian akan menjadi lebih tenang dan berjalan dengan licin. Bukan itu sahaja, bakal pembeli juga tidak berasa ragu-ragu dan berfikir panjang sebelum pembelian dilakukan. Biasanya rasa ketidakpastian ini berlaku sekiranya jenama produk yang bakal mereka beli itu tidak begitu terkenal, kukuh atau tidak mempunyai kredibiliti yang kuat lagi di pasaran.

Lihat sahaja jenama-jenama besar seperti Apple, Nike, Hard Rock dan AirAsia contohnya. Para pembeli tidak berfikir panjang untuk membeli dan sanggup menyimpan wang yang besar untuk jenama ini. Mengapa? Kerana mereka memang mahu membeli jenama ini sebelum hari pembelian dilakukan. Keputusan telah dibuat jauh lebih awal kerana mereka tahu jenama ini dapat memberikan mereka kepuasan tertentu, berasa cool, muda, cantik, selesa, dihormati, hebat, bergaya dan sebagainya. Kerana kualiti yang bakal mereka perolehi tidak akan terdapat dari mana-mana jenama lain.

Adakah harga penting bagi mereka? Ya, harga juga penting dalam mempengaruhi faktor pembelian tetapi persediaan untuk menghadapi dan membayar harga yang mahal telah dibuat lebih awal. Mereka tahu ini bukan satu kos tetapi satu pelaburan kerana kepuasan yang mereka bakal perolehi jauh lebih penting daripada harga yang dibayar.

Advertisements